Jumaat, 29 Mac 2019

ADAKAH SIMPANAN UNTUK PERSARAAN MENCUKUPI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Entri kali ini saya sekadar hendak berkongsi pula tentang adakah simpanan untuk persaraan mencukupi setelah bersara pada umur 55 tahun nanti?



Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila telah bersara nanti. (Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)
Andaikan umur anda sekarang adalah 25 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh selama 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara bukan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat setelah bersara pada umur 55 tahun nanti? Anggarkan wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 240,000? Adakah kita tahu sampai bila jangka hayat hidup kita? Tidak pasti bukan? Andaikan jangka hayat hidup hingga usia 75 tahun? Ini bermakna setelah bersara nanti anda hanya bergantung dengan wang simpanan KWSP sebanyak RM 240,000 selama 20 tahun?
Anda merancang untuk bersara pada umur 55 tahun
20 Tahun = RM 240,000
1 Tahun = RM 12,000 (RM 240,000/20 Tahun)
1 Bulan = RM 1,000 (RM 12,000/12 Bulan)
Adakah nilai wang RM 1,000 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimanakah pula dengan kos sara hidup, hutang, kesan Inflasi setelah bersara nanti?
Adakah anda ingin bersara dengan anggaran dana minimum RM 1 Juta? Berapakah jumlah wang yang anda perlu melabur dari sekarang untuk jadi jutawan semasa bersara nanti? Katakan umur anda sekarang adalah 25 tahun dan merancang untuk bersara pada umur 55 tahun? Melabur RM 500 sebulan selama 30 tahun akan membina anggaran dana sehingga RM 1 Juta semasa anda bersara nanti dengan anggaran purata kadar pulangan setahun 10%.
1 Bulan = RM 500
1 Tahun = RM 6,000 (RM 500 x 12 Bulan)
30 Tahun = RM 180,000 (RM 6,000 x 30 Tahun)
Katakan anda hanya buat simpanan RM 500 sebulan selama 30 tahun dalam akaun simpanan dengan anggaran purata kadar pulangan setahun 1%? Nilai jangkaan jumlah simpanan anda dalam jangka masa 30 tahun akan datang adalah hanya RM 209,872.85 sahaja. Bayangkan jika anda melabur di tempat yang beri anggaran purata kadar pulangan setahun antara 10% hingga 15% atau lebih?
Anggaran kadar pulangan setahun = 10%
Berdasarkan formula Future Value of Annuities
Langkah 1: Future Value of An Ordinary Annuity
FVoa = PMT |(1+i)^n-1)/i|
FVoa: Future Value of An Ordinary Annuity
PMT: Amount of Each Payment
i: Interest Rate Per Period
n: Number of Periods
FVoa = ?
PMT = RM 500
i = 0.00833 (10%/12 Bulan)
n = 360 Bulan ( 30 Tahun x 12)
FVoa = RM 500 x |(1+0.00833)^360-1)/0.00833|
FVoa = RM 500 x |(1.00833)^360-1)/0.00833|
FVoa = RM 500 x |(19.8138-1)/0.00833|
FVoa = RM 500 x |18.8138/0.00833|
FVoa = RM 500 x 2258.5594
= RM 1,129,279.70
Langkah 2: Future Value of An Annuity Due
FVad = FVoa (1+i)
FVad: Future Value of An Annuity Due
FVoa: Future Value of An Ordinary Annuity
i: Interest Rate Per Period
FVad = ?
FVoa = RM 1,129,279.70
i = 0.00833 (10%/12 Bulan)
FVad = RM 1,129,279.70 x (1+0.00833)
FVad = RM 1,129,279.70 x 1.00833
FVad = RM 1,138,686.60
Nilai jangkaan pelaburan anda selepas 30 tahun ditempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun 10% adalah RM 1,138,686.60. Bayangkan jika tempat anda melabur beri anggaran kadar pulangan setahun 12%, 15% atau lebih? Berapakah nilai jangkaan pelaburan anda?
P/S: Segala maklumat yang saya kongsikan ini adalah anggaran kadar pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat.

Berdasarkan kepada formula inflasi peraturan 72 (rule of 72)
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 2%
72/2 = 36 (Selama 36 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2055: RM 200,000
2091: RM 400,000
2127: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 4%
72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2037: RM 200,000
2055: RM 400,000
2073: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 6%
72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2031: RM 200,000
2043: RM 400,000
2055: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 8%
72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2028: RM 200,000
2037: RM 400,000
2046: RM 800,000
Dimanakah tempat anda buat simpanan?
1. Akaun Simpanan (0-1%)
2. Deposit Tetap (2-4%)
3. Tabung Haj* (4-6%)
4. KWS* (5-7%)
5. AS* (7-9%)
6. Unit Amanah (10-15%)
P/S: Segala maklumat yang saya kongsikan ini adalah anggaran kadar pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat.
Contoh
Andaikan anggaran kadar Inflasi adalah 4%. Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang memberi anggaran kadar pulangan 9% maka anggaran baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi adalah hanya 4.8077% sahaja. Hal ini kerana anggaran kadar pulangan 9% perlu ditolak dengan anggaran kadar Inflasi 4% dan bakinya adalah 4.8077% merupakan anggaran baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi.
Anggaran Kadar Inflasi = 4%
Anggaran Kadar Pulangan = 9%
Anggaran Baki Kadar Pulangan = ?
(Kadar Pulangan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Kadar Pulangan
(9% - 4%) / (1 + 4%) = 4.8077% (Baki Kadar Pulangan)
Apakah itu Inflasi?
Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga barang atau perkhidmatan naik
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM)
=2.5% hingga 4%
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh institusi kewangan
= 7% hingga 12%.
Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72), andaikan anggaran kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun.
Anggaran Kadar Inflasi = 4%
Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72)
72/Kadar Inflasi
72/4 = 18
Contoh
2019: RM 100,000
2037: RM 50,000 = RM 100,000 (2019)
Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang pelaburan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang pelaburan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Muhammad Aizuddin
Perunding Unit Amanah
Perunding Skim Persaraan Swasta
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan