Jumaat, 15 Februari 2019

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM UNIT AMANAH MELALUI KWSP?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai "Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?" dan "Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?". Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dalam bahasa inggeris Employees Provident Fund - Members Investment Scheme (EPF-MIS).




Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Kelayakan Memohon
- Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).
Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 30 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur : (Berkuatkuasa 1 Januari 2019)

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
2,000
37
68,000
19
4,000
38
74,000
20
6,000
39
80,000
21
8,000
40
86,000
22
10,000
41
93,000
23
13,000
42
101,000
24
15,000
43
108,000
25
18,000
44
116,000
26
21,000
45
125,000
27
24,000
46
134,000
28
27,000
47
144,000
29
31,000
48
154,000
30
35,000
49
164,000
31
39,000
50
175,000
32
43,000
51
187,000
33
47,000
52
199,000
34
52,000
53
212,000
35
57,000
54
226,000
36
62,000
55
240,000

Kekerapan Pengeluaran
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.
Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?
Dapatkan ‘Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan’ daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, andaperlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan.
Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut).
Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah:
- Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;
- Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan
- Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis
*Untuk pemegang Kad Pengenalan Polis, sila kemukakan satu surat daripada Jabatan Polis untuk mengesahkan nombor Kad Pengenalan anda.
*Untuk pemegang Kad Pintar, sila kemukakan satu salinan Kad Pintar dengan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas salinan tersebut.
Ruang ‘amaun yang dipohon’ patut diisi selepas ahli berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu laburkan dengan syarat amaun tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.
Adalah penting untuk anda mengisi borang yang betul dengan tepat dan memastikan bahawa semua dokumen sokongan mengikut turutan. Ini bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam memproses permohonan anda.
Sila ambil perhatian bahawa cap ibu jari diperlukan pada borang permohonan dan salinan MyKad. Anda mestilah menggunakan “thumbprint pad” yang khusus untuk cap ibu jari. Penggunaan bahan-bahan jenis lain seperti inkpad untuk getah setem (rubberstamp) tidak akan diterima oleh KWSP.
Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).
Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Syarat-syarat Yang Ditetapkan
- Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
- Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.
- Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
- Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.
Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang  layak untuk dilaburkan?
Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak dilaburkan.

Ahli
Umur
Simpanan Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas(RM)
Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 30%
Kelayakan Ahli
A
22
9,000
10,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
B
22
12,000
10,000
(12,000-10,000) x 30%    = RM600
Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.
C
25
25,000
18,000
(25,000-18,000) x 30%  = RM2,100
Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,100.
D
40
82,000
86,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
E
45
149,000
125,000
(149,000-125,000) x 30% = RM7,200
Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

P/S: Adakah simpanan Akaun 1 KWSP anda mencukupi? Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Muhammad Aizuddin
Perunding Unit Amanah
Perunding Skim Persaraan Swasta
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan