Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang mengapa perlu gandakan wang di tempat yang kalis inflasi? Apakah itu inflasi? Saya sekadar berkongsi secara ringkas tentang maksud inflasi ini. Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Faham? Saya sekadar hendak berkongsi apakah kesan inflasi ini kepada kita? Sebelum itu sila rujuk gambar di bawah ini.
Saya kongsikan contoh ini untuk memudahkan anda faham tentang inflasi.
Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga barang atau perkhidmatan naik
Anggaran purata kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia adalah antara 2.5% hingga 4%. Andaikan anggaran kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sekarang adalah 4%. Mengikut formula inflasi peraturan 72 (rule of 72) nilai wang RM 50 kita pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 18 tahun.
Andaikan kadar inflasi = 4%
Berdasarkan formula inflasi peraturan 72 (rule of 72)
72/Kadar Inflasi
72/4 = 18
Contoh
2019: RM 50
2037: RM 25 = RM 50 (2019)
2019: RM 500
2037: RM 250 = RM 500 (2019)
2019: RM 5,000
2037: RM 2,500 = RM 5,000 (2019)
2019: RM 50,000
2037: RM 25,000 = RM 50,000 (2019)
2019: RM 500,000
2037: RM 250,000 = RM 500,000 (2019)
2019: RM 5,000,000
2037: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2019)
Mungkin anda akan cakap alah 18 tahun lambat lagi kan? Anda percaya tidak kalau saya kata kan anggaran purata kadar inflasi yang sebenar yang ditetapkan oleh institusi kewangan adalah antara 7% hingga 12%? Sama ada anda hendak percaya atau tidak terpulang.
Andaikan kadar inflasi = 12%
Berdasarkan formula inflasi peraturan 72 (rule of 72)
72/Kadar Inflasi
72/12 = 6
Contoh
2019: RM 50
2025: RM 25 = RM 50 (2019)
2019: RM 500
2025: RM 250 = RM 500 (2019)
2019: RM 5,000
2025: RM 2,500 = RM 5,000 (2019)
2014: RM 50,000
2025: RM 25,000 = RM 50,000 (2019)
2019: RM 500,000
2025: RM 250,000 = RM 500,000 (2019)
2019: RM 5,000,000
2025: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2019)
Kesan inflasi ini sangat serius okay! Berdasarkan gambar tadi nilai wang RM 50 pada tahun 1998 tidak akan sama dengan nilai RM 50 sekarang. Anda boleh lihat berdasarkan gambar tersebut pada tahun 1998 dengan nilai RM 50 kita mampu membeli satu troli penuh barang keperluan. Pada tahun 2005 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli separuh troli sahaja barangan keperluan. Pada tahun 2012 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli lebih kurang suku troli sahaja barangan keperluan. Agak agak anda lagi 10 tahun dengan nilai RM 50 berapa sangatlah barangan keperluan yang kita mampu beli dalam satu troli kan?
Anda sendiri pun dapat rasakan dengan situasi sekarang berapa sangat lah barang keperluan yang mampu kita beli dengan nilai RM 50 hari ini berbanding 10 tahun yang lalu? Adakah nilai wang kita semakin susut? Semakin susut ke nilai wang kita? Jawapannya inilah kesan inflasi. Faham? Contoh lain yang boleh saya kongsi adalah seperti dibawah ini.
1970an: RM 1 kita mampu beli 4 cawan kopi
1980an: RM 1 kita mampu beli 2 cawan kopi
1990an: RM 1 kita mampu beli 1 cawan kopi
RM 1 hari ini berapa cawan kopi yang kita dapat? Fikirkan. Hehehe. ;)
Apakah langkah kita untuk menghadapi Inflasi?
Saya cadangkan anda mula menyimpan dan melabur wang anda dari sekarang ditempat yang mampu melawan kadar inflasi. Sebagai contoh andaikan anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% setahun sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 6% setahun maka baki pulangan yang bakal anda perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana anggaran purata kadar pulangan sebanyak 6% perlu ditolak dengan anggaran purata kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231% adalah anggaran purata baki kadar pulangan anda. Berbaloi tidak anggaran baki kadar pulangan anda hanya 1.9231%?
Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4%
(6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Pulangan Pelaburan)
Bayangkan jika anda mula menyimpan dan melabur dari sekarang ditempat yang mampu memberi anggaran purata kadar pulangan setahun antara 10% hingga 15%? Sebagai contoh sekiranya anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% setahun. Sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10% setahun maka anggaran purata baki kadar pulangan yang bakal korang perolehi adalah 5.7692%. Untung 4.2308% kan? Sekiranya anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 15% setahun, sekiranya anggaran purata kadar inflasi semasa adalah 4% maka anggaran purata baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi adalah 10.5769%. Fuh! Berminat hendak menyimpan dan melabur ditempat yang mampu melawan kadar inflasi dengan anggaran purata kadar pulangan setahun antara 10% hingga 15%?
Andaikan anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10% hingga 15%.
Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 10%.
(10% - 4%) / (1 + 4%) = 5.7692% (Baki Pulangan Pelaburan)
Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 12%.
(12% - 4%) / (1 + 4%) = 7.6923% (Baki Pulangan Pelaburan)
Andaikan anggaran purata kadar inflasi 4% anda melabur ditempat yang memberi anggaran purata kadar pulangan sebanyak 15%.
(15% - 4%) / (1 + 4%) = 10.5769% (Baki Pulangan Pelaburan)
Berdasarkan kepada formula inflasi peraturan 72 (rule of 72)
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 2%
72/2 = 36 (Selama 36 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2055: RM 200,000
2091: RM 400,000
2127: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 4%
72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2037: RM 200,000
2055: RM 400,000
2073: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 6%
72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2031: RM 200,000
2043: RM 400,000
2055: RM 800,000
Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 8%
72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru simpanan anda akan berganda)
2019: RM 100,000
2028: RM 200,000
2037: RM 400,000
2046: RM 800,000
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda membuat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Muhammad Aizuddin
Perunding Unit Amanah
Perunding Skim Persaraan Swasta
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan