Jumaat, 22 Februari 2019

JADUAL SIMPANAN ASAS KWSP (BERKUATKUASA 1 JANUARI 2019)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui KWSP? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang jadual simpanan asas KWSP (berkuatkuasa 1 Januari 2019) sebagai panduan kepada yang berminat untuk gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi!




Tahukah anda simpanan Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:
I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Amanah Saham, Saham Amanah, Unit Amanah, Unit Trust, Mutual Fund
Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah
Objektif
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Kelayakan Memohon
1. a) Warganegara Malaysia; ATAU
b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
C) Bukan warganegara Malaysia:
*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN
3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 240,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.
I) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
II) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
III) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
IV) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
V) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.
VI) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?
Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.
Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur: (Berkuatkuasa 1 Januari 2019)

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
2,000
37
68,000
19
4,000
38
74,000
20
6,000
39
80,000
21
8,000
40
86,000
22
10,000
41
93,000
23
13,000
42
101,000
24
15,000
43
108,000
25
18,000
44
116,000
26
21,000
45
125,000
27
24,000
46
134,000
28
27,000
47
144,000
29
31,000
48
154,000
30
35,000
49
164,000
31
39,000
50
175,000
32
43,000
51
187,000
33
47,000
52
199,000
34
52,000
53
212,000
35
57,000
54
226,000
36
62,000
55
240,000

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/
Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP
Situasi 1
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 24,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 24,000 – RM 18,000 = RM 6,000
RM 6,000 x 30% = RM 1,800
Kelayakan
Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.
Situasi 2
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 19,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 19,000 – RM 18,000 = RM 1,000
RM 1,000 x 30% = RM 300
Kelayakan
Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.


Ahli
Umur
Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas Baharu(RM)
Pengiraaan untuk pelaburan (30%)
Kelayakan
A
22
4,000
10,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas baharu.
B
22
11,000
10,000
RM11,000.00-10,000.00 x 30%    = RM300.00
Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00.
C
25
24,000
18,000
RM24,000.00-RM18,000.00 x 30%  = RM1,800
Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah  RM1,000.00 dan maksimum adalah RM1800.00
























Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Muhammad Aizuddin
Perunding Unit Amanah

Perunding Skim Persaraan Swasta
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan