Jumaat, 8 Februari 2019

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai "Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?" dan "Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?". Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah?




Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam Unit Amanah iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.
1) Melabur menggunakan wang tunai
Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sum atau melalui kaedah Lump Sum + Regular Saving.
Kaedah Lump Sum
Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 sahaja.
Kaedah Lump Sum + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM 100. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Terdapat 13 bank yang menjadi pilihan iaitu:
- CIMB  Bank Berhad (CIMB)
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM)
- Citibank Berhad (CITI)
- Deutsche Bank Malaysia Berhad (DBB)
- Hong Leong Bank Berhad (HLBB)
- HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC)
- Malayan Banking Berhad (MBB)
- OCBC Bank Malaysia Berhad (OCBC)
- Publicbank Berhad (PBB)
- RHB Bank Berhad (RHB)
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCB)
- Bank of America Merrill Lynch (BAML)
2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1
Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke Unit Amanah. Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Muhammad Aizuddin
Perunding Unit Amanah
Perunding Skim Persaraan Swasta
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan